Wednesday, May 20, 2020

Kerana COVID19 Ramadan 2020...

1. Ramadan 2020 diarah PKP
2. Ramadan 2020 di kurung kerana Pendamik COVID19
3. Ramadan 2020 bertaraweh di rumah
4. Ramadan 2020 berkerja dari rumah
5. Ramadan 2020 bergerak secara terkawal
6. Ramadan 2020 bernormal baharu
7. Ramadan 2020 melatih anak menjadi imam
8. Ramadan 2020 melatih diri lebih bersyukur
9. Ramadan 2020 melatih keluarga lebih mensyukuri nikmat
10. Ramadan 2020 semoga menjadi Ramadan terbaik berbanding Ramadan sebelumnya

Monday, May 28, 2012

KENDURI LAGI

1. Pada 1.6.2012 Icam nikah, bermakna semua adik beradik telah berumahtangga. Icam yang terakhir.

2. Ini juga bermakna semua adik beradik akan berkumpul, satu suasana yang telah lama tak dapat.

3. Peluang berkumpul semua ni memang susah bila semua ada komitmen tersendiri. Kadang-kadang ada sahaj keluarga yang tidak dapat sertai berkumpul ni.

4. Pada 3.6.2012 kenduri di rumah. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan penuh barakah.

5. Kesepakatan bersama dalam mengurskan kenduri tanpa Ayah dan Mak adalah sesuatu yang sangat penting.

6. Keputusan dibuat mengikut keperluan. Yang baik dan hasil yang baik tidak boleh ditunggu lama untuk dilaksanakan.

7. Agihan tugas yang dibuat sebelum, semasa dan selepas kenduri juga penting untuk memastikan kenduri berjalan dengan sempurna.

8. Semoga kenduri ni akan membawa  satu suasana baru, pemikiran baru, satu kesatuan baru dan mengukuhkan lagi ukhwah.

9. Semoga Icam akan bahagia sehingga akhir hayat dan hidup sebagai suami yang baik.

10. Terima kasih kepada semua adik beradik yang sama-sama menguruskan kenduri ini.

Tuesday, December 13, 2011

Percutian 2011

1. Alahamdulillah 2011 dapat juga aku bawa famili bercuti ke Shah Alam dan Kuala Lumpur.

2. Percutian yang dirancang bersama program Hari Keluarga PPD Manjung. Terima kasih jawatan kuasa Kelab PPD Manjung.

3. Hari pertama ke Shah Alam memang menarik.. Pergi Jakel + I City..

4. Jakel biasalah kain mesti beli...

5. I City yang best dapat bawa anak2 masuk Snow Walk...pengalaman baru berjalan atas ais..Aniq tak tahan sejuk...Afiq kuat sikit tahannya...Adib lagi kuat tahan...

6. Perjalanan yang dalam keadaan mahir dapat juga sampai ke tempat yang dihajati....

7. Hari kedua bergerak ke Zoo Negara... dari Shah Alam memang blur... Icam la tempat rujuk jalan..

8. Sampai tapat pada waktu tapi program tangguh sebab bas rombongan lewat... ada bas yang rosak.

9. Teruskan program melawat Zoo dan anak2 enjoy tengok persembahan haiwan...burung + dolphin...tak dapat join acara kelab sebab anak2 dah penat tunggu lama..

10. Malam acara makan...pertama kali bawa anak2 naik bas...

11. Hari ke tiga...program shopping... pergi Sogo dan bawa anak2 naik LRT pengalaman baru untuk Aniq, Afiq dan Adib...Semoga tiap-tiap tahun dimurahkan rezeki untuk bawa keluarga bercuti..

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN TANPA IBU TERCINTA

1. Sayu bila teringat pada ibu ketika nak sambut ramadhan.

2. Semoga roh ibu dan ayah sentiasa dirahmati Allah.

3. Tahun lepas ramadhan dengan ibu yang sedikit uzur.

4. Tahun ini ramadhan ibu telah tiada. Rindunya pada ibu.

5. Tahun lepas ibu berpuasa dalam keadaan uzaur dan ada ketikanya tidak mampu berpuasa, tahun ini semua tu telah menjadi kenangan terindah.

6. Kebiasaannya nak sambut ramadhan ibu akan minta belikan daging atau ayam, tahun ini daging pun dah tak beli.

7. Kebiasaannya sambut ramadhan akan balik kampung, tahun ini terlalu sayu rasanya.

8. Tahun lepas Icam menemani ibu berpuasa, bersahur dan berbuka. Tahun ini Icam sendirian bersahur dan berpuasa semoga Icam tabah.

9. Tiada lagi peluang membawa ibu ke masjid bertarawih, hanya doa dipanjatkan ke Ilahi semoga roh ibu dan ayah ditempatkan bersama orang beriman.

10. Ya Allah semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya.

Tuesday, July 19, 2011

USIA 40

1. Alhamdulillah usia aku kini telah pun 40 tahun

2. 40 tahun usia aku dihabiskan untuk ibadat, untuk dunia, untuk akhirat telah pun berlalu..

3. Berapa lagi usia yang tinggal hanya Allah sahaja yang tahu....

4. Semoga baki usia yang tinggal ini aku dapat menggunakan sepenuhnya ke arah kebaikan...

Ya Allah kau ampunkanlah segala dosa dan kesilapan aku selama 40 tahun lepas, kau terimalah segala amal ibadat ku selama 40 tahun yang lepas.

Ya Allah kau bimbinglah aku untuk baki usia aku ini ke arah melakukan kebaikan, kuatkan lah kesabaranku menghadapi dugaan, kesusahan dan sabar dalam melaksanakan kebaikan. Amin

Saturday, July 16, 2011

ANTARA PERATURAN, ARAHAN DAN KESABARAN

1. Perhimpunan yang diiktiraf sebagai haram mengundang tiga perkara besar.

2. Peraturan yang tidak dipatuhi, Arahan yang dilanggar dan Kesabaran yang tidak dapat ditahan.

3. Penyokong mendakwa polis tidak profesional, tetapi adakah peserta perhimpunan Profesional?

4. Penyokong mendakwa polis bertindak kasar, tetapi adakah mampu bersabar setelah diprovokasi yang berlebihan?

5. Penyokong mendakwa polis belasah peserta perhimpunan, tetapi adakah yang dibelasah itu peserta yang diam atau yang melakukan provokasi?

6. Penyokong mendakwa perhimpunan untuk memBERSIHKAN SPR, tetapi bukankah maksud sebenar ialah mewujudkan kebencian kepada kerajaan.

7. Penyokong mendakwa bahawa perhimpunan berjaya namun kerajaan lebih berjaya kerana mengawal perhimpunan.

8. Kepada peserta renungkanlah sekiranya anggota polis yang bertugas adalah anak anda, adik anda, abang anda, saudara anda adakah anda akan tetap mengatakan polis bertindak zalim.

Monday, May 9, 2011

10 Mei

1. Tarikh 10 Mei ialah tarikh lahir Bonda tersayang...

2. Kini tarikh itu hanya tinggal tarikh kerana Bonda telah tiada...

3. Kini tarikh itu telah tidak membawa semangat....

4. Kini tarikh itu hanya mendatangkan rasa pilu..sayu...

5. Kini tarikh itu menginsafkan aku bahawa hormatilah dan sayangilah Bonda sepenuhnya selagi dia masih ada kerana setelah tiada semuanya tidak bererti...

6. Kini tarikh itu tetap dingati kerana ia tarikh keramat lahirnya seorang insan yang penuh bermakna dalam hidup...

7. Pada tarikh ini semoga semua anak-anak Allahyarhamah Rahemah bt Musa tetap mengingati Bonda dan kasih sayang tetap kukuh dalam hati.