Thursday, December 10, 2009

MAJLIS KENDURI KAHWIN

1. Majlis kenduri kahwin memang ditunggu-tunggu oleh pasangan pengantin. Sama ada pengantin itu golongan muda mahu pun golongan tua sma saje.

2. Majlis kenduri ni kalau dilihat terlalu banyak karenahnya. Karenah sebelum kenduri, selepas kenduri tetap memerlukan pengalaman untuk mengatasinya.

3. Cerita karenah sebelum kenduri ni banyak. Bermula dengan pilihan sama ada buat secara kontrak atau pun gotong royong. Pilihan lauk pauk yang akan dihidangkan. Pilihan pelamin yang akan digunakan. Kadang-kadang tema kenduri juga dah semakin diikuti oleh masyarakat. Jemputan juga amat penting disenaraikan supaya tidak ada yang tertinggal. Juga perlu disenaraikan untuk memastikan nasi dan lauk pauk cukup.

4. Kalau dulu sebelum kenduri semua adik beradik akan bermesyuarat untuk menentukan kaedah kenduri. Sekarang budaya itu telah semakin pupus. Tambahan lagi jika dibuat secara kontrak.

5. Semasa kenduri pulak adalah masa yang paling mencabar kepada tuan rumah. Takut kalau tak ada orang datang, takut kalau hidangan tak cukup, takut kalau majlis disabotaj dan macam-macam lagi bermain dalam fikiran tuan rumah.

6. Alhamdulillah pada 6.12.2009 baru ni adik aku Mohd Razman dan pasangannya Azreen selamat sebagai pasangan pengantin. Kiranya inilah kenduri kahwin yang pertama aku handle secara langsung.

7. Seronok bila lihat tetamu yang aku jemput hadir. Makanan yang ditempah cukup. Cuaca yang baik. Kerjasama seluruh ahli keluarga cukup mantap. Akhirnya Ibunda cukup ceria sepanjang majlis tanda kepuasan dihati.

7. Icam adik aku yang kedua bongsu cukup penat mengendalikan sebelum dan semasa majlis. Atih cukup letih sebelum kenduri dan semasa kenduri. Intan bertungkus lumus. Bengah tetap menjaga kepentingan dan keperluan kenduri. Alang terus dengan sikap mengambil berat segala urusan. Kakak terus mamantau. Ami menjalankan peranan dengan sempurna. Abang melayan tetamu tanpa jemu walau diganggu gugat oleh kembarnye. Yob seperti biasa sebagai ketua penyambut tetamu dengan baju ungunya walaupun yang lain baju kuning. Acu pengantin tak kesah asalkan majlis berjalan sempurna. Tahniah pada semua.

8. Semua menantu juga tidak berdiam diri tetap memberikan kerjasama dan sokongan dalam memastikan majlis berjalan dengan baik.

9. Kepada semua tetmu yang hadir ribuan terima kasih kerana memeriahkan majlis kami.

10. Insyaallah jumpa lagi dikenduri kahwin yang akan datang.