Thursday, October 15, 2009

Rumah Terbuka

Syawal dah semakin hampir menuju penghujung, semua yang berjaya melaksanakan puasa 6 semoga puasa anda diterima Allah S.W.T. Pada yang tak sempat habis semoga tekad untuk tahun hadapan akan lebih kuat untuk melaksanakannya. Kalau nak start puasa pun dah tak sempat sampai 6. Apa pun yang penting kita ikhlas dalam beribadat. Mengenai rumah terbuka atau kalau boleh ditukar nama kepada "Meraikan Syawal" masih boleh dibuat. Tahun ni aku tak dapat nak buat. Pengalaman 2 tahun buat itu pun secara kecilan sahaja memang menyeronokkan. Jemputan yang hadir sebenarnya datang bersama rezeki ke rumah kita. Jangan takut untuk melaksanakan "Meraikan Syawal" ni. Bertambah erat silaturrahim itu pun tuntutan. Kepada yang menjemput terima kasih diucapkan atas ingatan tuan. Semoga kita semua akan bertemu di Ramadhan dan Syawal tahun hadapan