Tuesday, December 13, 2011

Percutian 2011

1. Alahamdulillah 2011 dapat juga aku bawa famili bercuti ke Shah Alam dan Kuala Lumpur.

2. Percutian yang dirancang bersama program Hari Keluarga PPD Manjung. Terima kasih jawatan kuasa Kelab PPD Manjung.

3. Hari pertama ke Shah Alam memang menarik.. Pergi Jakel + I City..

4. Jakel biasalah kain mesti beli...

5. I City yang best dapat bawa anak2 masuk Snow Walk...pengalaman baru berjalan atas ais..Aniq tak tahan sejuk...Afiq kuat sikit tahannya...Adib lagi kuat tahan...

6. Perjalanan yang dalam keadaan mahir dapat juga sampai ke tempat yang dihajati....

7. Hari kedua bergerak ke Zoo Negara... dari Shah Alam memang blur... Icam la tempat rujuk jalan..

8. Sampai tapat pada waktu tapi program tangguh sebab bas rombongan lewat... ada bas yang rosak.

9. Teruskan program melawat Zoo dan anak2 enjoy tengok persembahan haiwan...burung + dolphin...tak dapat join acara kelab sebab anak2 dah penat tunggu lama..

10. Malam acara makan...pertama kali bawa anak2 naik bas...

11. Hari ke tiga...program shopping... pergi Sogo dan bawa anak2 naik LRT pengalaman baru untuk Aniq, Afiq dan Adib...Semoga tiap-tiap tahun dimurahkan rezeki untuk bawa keluarga bercuti..

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN TANPA IBU TERCINTA

1. Sayu bila teringat pada ibu ketika nak sambut ramadhan.

2. Semoga roh ibu dan ayah sentiasa dirahmati Allah.

3. Tahun lepas ramadhan dengan ibu yang sedikit uzur.

4. Tahun ini ramadhan ibu telah tiada. Rindunya pada ibu.

5. Tahun lepas ibu berpuasa dalam keadaan uzaur dan ada ketikanya tidak mampu berpuasa, tahun ini semua tu telah menjadi kenangan terindah.

6. Kebiasaannya nak sambut ramadhan ibu akan minta belikan daging atau ayam, tahun ini daging pun dah tak beli.

7. Kebiasaannya sambut ramadhan akan balik kampung, tahun ini terlalu sayu rasanya.

8. Tahun lepas Icam menemani ibu berpuasa, bersahur dan berbuka. Tahun ini Icam sendirian bersahur dan berpuasa semoga Icam tabah.

9. Tiada lagi peluang membawa ibu ke masjid bertarawih, hanya doa dipanjatkan ke Ilahi semoga roh ibu dan ayah ditempatkan bersama orang beriman.

10. Ya Allah semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya.

Tuesday, July 19, 2011

USIA 40

1. Alhamdulillah usia aku kini telah pun 40 tahun

2. 40 tahun usia aku dihabiskan untuk ibadat, untuk dunia, untuk akhirat telah pun berlalu..

3. Berapa lagi usia yang tinggal hanya Allah sahaja yang tahu....

4. Semoga baki usia yang tinggal ini aku dapat menggunakan sepenuhnya ke arah kebaikan...

Ya Allah kau ampunkanlah segala dosa dan kesilapan aku selama 40 tahun lepas, kau terimalah segala amal ibadat ku selama 40 tahun yang lepas.

Ya Allah kau bimbinglah aku untuk baki usia aku ini ke arah melakukan kebaikan, kuatkan lah kesabaranku menghadapi dugaan, kesusahan dan sabar dalam melaksanakan kebaikan. Amin

Saturday, July 16, 2011

ANTARA PERATURAN, ARAHAN DAN KESABARAN

1. Perhimpunan yang diiktiraf sebagai haram mengundang tiga perkara besar.

2. Peraturan yang tidak dipatuhi, Arahan yang dilanggar dan Kesabaran yang tidak dapat ditahan.

3. Penyokong mendakwa polis tidak profesional, tetapi adakah peserta perhimpunan Profesional?

4. Penyokong mendakwa polis bertindak kasar, tetapi adakah mampu bersabar setelah diprovokasi yang berlebihan?

5. Penyokong mendakwa polis belasah peserta perhimpunan, tetapi adakah yang dibelasah itu peserta yang diam atau yang melakukan provokasi?

6. Penyokong mendakwa perhimpunan untuk memBERSIHKAN SPR, tetapi bukankah maksud sebenar ialah mewujudkan kebencian kepada kerajaan.

7. Penyokong mendakwa bahawa perhimpunan berjaya namun kerajaan lebih berjaya kerana mengawal perhimpunan.

8. Kepada peserta renungkanlah sekiranya anggota polis yang bertugas adalah anak anda, adik anda, abang anda, saudara anda adakah anda akan tetap mengatakan polis bertindak zalim.

Monday, May 9, 2011

10 Mei

1. Tarikh 10 Mei ialah tarikh lahir Bonda tersayang...

2. Kini tarikh itu hanya tinggal tarikh kerana Bonda telah tiada...

3. Kini tarikh itu telah tidak membawa semangat....

4. Kini tarikh itu hanya mendatangkan rasa pilu..sayu...

5. Kini tarikh itu menginsafkan aku bahawa hormatilah dan sayangilah Bonda sepenuhnya selagi dia masih ada kerana setelah tiada semuanya tidak bererti...

6. Kini tarikh itu tetap dingati kerana ia tarikh keramat lahirnya seorang insan yang penuh bermakna dalam hidup...

7. Pada tarikh ini semoga semua anak-anak Allahyarhamah Rahemah bt Musa tetap mengingati Bonda dan kasih sayang tetap kukuh dalam hati.

Saturday, March 19, 2011

MOHD HISHAM BIN ABDUL GHANI


1. Adik yang kedua bongsu. Dari seorang pekerja bank bertekad untuk balik kampung untuk jaga bonda yang keseorangan. Kini telah menjadi seorang Ustaz sekolah Agama Rakyat dengan berbekalkan pengetahuan bidang pendidikan Islam dan Bahasa arab.

2. Dari seorang yang sedikit outdoor kini lebih banyak menghabiskan masa dengan mengajar anak-anak murid mengaji setiap Sabtu dan Ahad.

3. Kini seorang yang cukup sederhana dalam apa jua yang dilakukan. Telah melalui kehidupan yang penuh liku di Kuala Lumpur. Perubahan setelah balik kampung begitu ketara. Cukup mengembirakan Bonda sepanjang dia menjadi teman sehingga akhir hayat Bonda.

4. Menjaga Bonda dengan penuh ikhlas. Kerap menjadi teman bersembang dan juga tempat Bonda bercerita.

5. Menjadi pengapit kepada Acu dan Ami ketika depa kahwin. Kini telah memulakan langkah untuk menamatkan zaman bujang.

6. 19.3.2011 tarikh termeterinya pertunangan dengan gadis pilihan seorang Ustazah. Pastinya ia amat mengembirakan Ayah dan Bonda walaupun kedua-duanya telah tiada.

7. Tahniah Icam semoga bahagia dan kehidupan diberkati.

Sunday, February 20, 2011

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Terima Kasih Mak.......Jasa Mak tak dapat dibalas........
Kasih Sayang Yang Abadi..........
Kenangan terindah.........

Tuesday, January 4, 2011

KENANGAN 2010

1. Tahun pertama Aniq sekolah Tadika Islam Nur Asyahadah.

2. Setahun hantar dan tunggu...alhamdulillah dia mahu sekolah

3. Perkahwinan adik Khairul Fahmi .....selamt menempuh alam rumah tangga

4. Ramadhan yang pilu kerana bonda tidak sihat...

5. Syawal yang sedih kerana bonda tercinta disahkan menghidap kanser hati....

6. 29.10.2010 tarikh hari jadi Muhammad Afiq Fikri anak ke dua...

7. 29.10.2010 tarikh yang akan dikenang sehingga akhir hayat...bonda menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 9.34 malam.

8. 17.12.2010 Pakndak Alias menghembuskan nafas yang terakhir..

9. Tahun 2010 Ibu mertua Acu juga meninggal dunia...

Semoga semua kenangan 2010 akan menginsafkan diriku agar lebih mengingati Allah yang maha berkuasa. Semoga semua yang pergi meninggal kan kami dicucuri rahmat ke atas roh mereka.