Tuesday, December 29, 2009

2009-2010

Alhamdulillah 3 hari lagi maka tamatlah tahun 2009 dan menjelmalah 2010. Banyak perkara yang berlaku sepanjang 2009. Semoga semuanya memberikan keberkatan dalam hidup.

1. Tahun 2010 maka bertambah lah umur aku jadi 39 tahun. Setahun saja lagi maka masuk 40.

2. Kalau ikut umur sepatutnya mesti makin matang tapi tak taulah matang ke tak. Kadang-kadang ada juga keputusan dan tindakan yang dibuat tidak mencerminkan umur sebenar.

3. Tahun 2010 adalah tahun penjimatan ini yang aku rancang semoga ianya akan terhasil.

4. Tahun 2010 juga aku harap permulaan kepada mencapai tujuan kenapa kita ada di dunia ini dan persediaan kita ke dunia barzakh dan seterusnya dunia akhirat.

5. Tahun 2010 menjadi matlamat supaya aku akan lebih beramal insyaallah. Maklum dah nak masuk 40 bila lgai kan.

6. Tahun 2010 juga menjadi matlamat aku untuk memperbaiki lagi keperluan kehidupan untuk keluarga.

Semoga tahun 2010 akan membawa lebih rezeki dan keberkatan dalam hidup aku dan keluarga aku INSYAALLAH.

Tuesday, December 15, 2009

Malaysia Tanah Airku

1. Kebelakangan ini terlalu banyak orang yang mempertikaikan ketuanan melayu. Mungkin sengaja, mungkin tak faham, mungkin tak jelas dan mungkin juga nak menguji.



2. Sedih juga bila tak ramai orang melayu yang nak ambil "pot" tentang hal ini. Lebih ramai hanya sebagai pemerhati dan mungkin juga yang bertindak sebagai tunggu dan lihat apa seterusnya.



3. Tahniah kepada semua orang melayu yang begitu lantang mempertahankan ketuanan melayu. Walaupun ada yang beranggapan ianya rasis tetapi sebagai orang melayu yang berhak ke atas bumi malaysia sememangnya perlua ada perasaan ini.

Thursday, December 10, 2009

MAJLIS KENDURI KAHWIN

1. Majlis kenduri kahwin memang ditunggu-tunggu oleh pasangan pengantin. Sama ada pengantin itu golongan muda mahu pun golongan tua sma saje.

2. Majlis kenduri ni kalau dilihat terlalu banyak karenahnya. Karenah sebelum kenduri, selepas kenduri tetap memerlukan pengalaman untuk mengatasinya.

3. Cerita karenah sebelum kenduri ni banyak. Bermula dengan pilihan sama ada buat secara kontrak atau pun gotong royong. Pilihan lauk pauk yang akan dihidangkan. Pilihan pelamin yang akan digunakan. Kadang-kadang tema kenduri juga dah semakin diikuti oleh masyarakat. Jemputan juga amat penting disenaraikan supaya tidak ada yang tertinggal. Juga perlu disenaraikan untuk memastikan nasi dan lauk pauk cukup.

4. Kalau dulu sebelum kenduri semua adik beradik akan bermesyuarat untuk menentukan kaedah kenduri. Sekarang budaya itu telah semakin pupus. Tambahan lagi jika dibuat secara kontrak.

5. Semasa kenduri pulak adalah masa yang paling mencabar kepada tuan rumah. Takut kalau tak ada orang datang, takut kalau hidangan tak cukup, takut kalau majlis disabotaj dan macam-macam lagi bermain dalam fikiran tuan rumah.

6. Alhamdulillah pada 6.12.2009 baru ni adik aku Mohd Razman dan pasangannya Azreen selamat sebagai pasangan pengantin. Kiranya inilah kenduri kahwin yang pertama aku handle secara langsung.

7. Seronok bila lihat tetamu yang aku jemput hadir. Makanan yang ditempah cukup. Cuaca yang baik. Kerjasama seluruh ahli keluarga cukup mantap. Akhirnya Ibunda cukup ceria sepanjang majlis tanda kepuasan dihati.

7. Icam adik aku yang kedua bongsu cukup penat mengendalikan sebelum dan semasa majlis. Atih cukup letih sebelum kenduri dan semasa kenduri. Intan bertungkus lumus. Bengah tetap menjaga kepentingan dan keperluan kenduri. Alang terus dengan sikap mengambil berat segala urusan. Kakak terus mamantau. Ami menjalankan peranan dengan sempurna. Abang melayan tetamu tanpa jemu walau diganggu gugat oleh kembarnye. Yob seperti biasa sebagai ketua penyambut tetamu dengan baju ungunya walaupun yang lain baju kuning. Acu pengantin tak kesah asalkan majlis berjalan sempurna. Tahniah pada semua.

8. Semua menantu juga tidak berdiam diri tetap memberikan kerjasama dan sokongan dalam memastikan majlis berjalan dengan baik.

9. Kepada semua tetmu yang hadir ribuan terima kasih kerana memeriahkan majlis kami.

10. Insyaallah jumpa lagi dikenduri kahwin yang akan datang.

Wednesday, November 18, 2009

MUSIM HUJAN DAN BANJIR

1. Bila cerita bab hujan ni masa kecil memang tunggu hujan sebab nak main hujan. Masa sekolah lagi best, time hujan la turun padang main bola. Masa tu tak pulak demam. Sekarang kalau kena hujan sikit pun dah demam. Itu tanda diri dah tua.

2. Musim hujan ni masa duk ngaja kat terengganu dulu memang boring sebab pergi sekolah naik motor. Kadang-kadang kena bawa 2 pasang baju untuk mengajar.

3. Kat terengganu dulu duk kat Dungun tak pernah rasa banjir. sebenarnya nak juga rasa camna kalau terlibat ngan banjir. Kalau diperatikan banjir nin dah jadi macam pesta untuk yang biasa tempoh la.

4. Sekarang bila duk kat Sitiawan duk kat pekan plak tu baru rasa banjir. Malangnya banjir sebab longkang sumbat jadi lebih baik duk rumah dari keluar rumah.

5. Sebenarnya sesuatau yang dujadikan itu kita kena cari akan hikmahnya. Semoga sesipa yang terlibat ngan banjir agar sentiasa redha akan ketentuannya.

Wednesday, November 11, 2009

Dakwah Dan Tauliah

Dakwah Dan Tauliah satu isu yang sangat terasa dijiwa, perlukan tauliah untuk berdakwah? Jangan disusahkan urusan Agama kelak Allah akan menyusahkan urusan kita. Jais atau Dr Asri mana satu yang betul itu menjadi persoalan masyarakat umum. Semua umat Islam perlu melihat isu ini secara kolektif, objektif dan rasional jangan dibiarkan pemikiran dihantui oleh emosional. Adalah lebih baik diam dari mengulas sesuatau yang bukan bidang kita. Semua Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia perlu segera menyelaraskan urusan agama setiap negeri supaya tidak lagi timbul perkara yang membawa kepada perselisihan walaupun perselisihan pendapat itu baik dalam urusan agama tapi yang menjadi masalah perselisihan kebanyakannya membawa perpecahan.

Thursday, October 15, 2009

Rumah Terbuka

Syawal dah semakin hampir menuju penghujung, semua yang berjaya melaksanakan puasa 6 semoga puasa anda diterima Allah S.W.T. Pada yang tak sempat habis semoga tekad untuk tahun hadapan akan lebih kuat untuk melaksanakannya. Kalau nak start puasa pun dah tak sempat sampai 6. Apa pun yang penting kita ikhlas dalam beribadat. Mengenai rumah terbuka atau kalau boleh ditukar nama kepada "Meraikan Syawal" masih boleh dibuat. Tahun ni aku tak dapat nak buat. Pengalaman 2 tahun buat itu pun secara kecilan sahaja memang menyeronokkan. Jemputan yang hadir sebenarnya datang bersama rezeki ke rumah kita. Jangan takut untuk melaksanakan "Meraikan Syawal" ni. Bertambah erat silaturrahim itu pun tuntutan. Kepada yang menjemput terima kasih diucapkan atas ingatan tuan. Semoga kita semua akan bertemu di Ramadhan dan Syawal tahun hadapan

Saturday, October 10, 2009

Aku, Sitiawan Dan Kuala Kangsar

Nak cerita pasal Kuala Kangsar ni banyak tapi apa yang aku nak cerita pasal Kuala Kangsar ni ialah tempat isteri aku dilahirkan. Pasal jodoh ni sapa pun tak tau orang mana jodoh kita. Alhamdulillah rupanye jodoh akau orang kuale. Kuale ngan sitiawan ni kalau bawak keta sejam setengah sampai le. Isteri aku ni lahirnya di kuale besonye di kuale sekolahnye di kuale. Lepas sekolah baru le dapat keluo dari kuale. Lepas kahwin plak aku bawak le duduk sitiawan. Kami sekarang duk di pekan sitiawan dah hampir 5 tahun. Rumah yang kami beli ni alhamdulillah betul2 di pekan sitiawan jadi senang le apa2 urusan. Sekarang ahli keluarga aku Razlina bt Abdul Rashid isteri aku le. Anak aku yang sulung Muhammad Aniq Muqri, yang ke2 Muhammad Afiq Fikri dan yang ke3 Muhammad Adib Zikri.

JANGAN

Kadang-kadang kita selalu guna istilah JANGAN tapi istilah itu boleh di olah menjadi satu motivasi. JANGAN tak baca.

Jangan jadi bodoh mesti jadi pandai
Jangan jadi jahat mesti jadi baik
Jangan jadi malas mesti jadi rajin
Jangan jadi miskin mesti jadi kaya
Jangan jadi malang mesti jadi cemerlang
Jangan jadi goblok mesti jadi glokal
Jangan jadi lemah mesti jadi kuat
Jangan jadi takut mesti jadi berani
Jangan jadi biasa mesti jadi hebat .

KURSUS PEMANTAPAN ICT

Pada 9-11 Oktober 2009 semua geng aku dari PPD Manjung kena pergi kursus pemantapan ICT di Kuala Lumpur. Yang syoknya dah nak pencen pun kena pergi kursus jugak. Bas pengankutan disediakan. Aku pergi numpang Penceramah, Standard le sikit. Pada geng yang kursus ni rasa macam mana bila kursus macam ni dijalankan.

Thursday, October 8, 2009

Tempat Lahir

Batu 10 Lekir tempat saya dilahirkan. 14 KM dari pekan Sitiawan. Mula bersekolah di SK Batu 10 Lekir